Tuesday, November 27, 2012

SAYANG, KASIH DAN CINTA


Salam sayang...
Tatkala pintu hati ku dibuka...
Ada cinta di luar penuh harapan..

Ku persilakan ia dengan sopan..
Ku bentangkan sapra kasih sayang..

Kasihan menungguku sejak lama..
Kau katakan kau sangat berbahagia..
Pertemuan kali kedua cinta anugerah Allah..
Berharap aku tidak pergi ke mana-mana..
Jangan ku ulangi lagi kisah lampau..

Salam kasih...
Tatkala aku mendengar luahan cinta..
Aku amat bersalah kerana kejahilan suatu doa..
Sehingga kau menderita sengsara lama..
Itu takdir kau takdir aku, dan takdir kita..

Kerana cinta yang tidak sempat berputik dahulu..
Maka adanya bunga cinta hari ini yang harum..
Datangnya menunjukkan kebesaran Allah Taala..
Bahawa setiap apa yang kita lakukan..
Pasti ada di sana balasan dan ganjaran..

Salam cinta...
Tatkala kau datang duniaku terang..
Aku umpama puteri kayangan di syurga impian..
Aku masih menganggap kau putera rajaku yang hilang dahulu..
Tulus kasih pengasih penuh cinta..

Namun aku silap adanya..
Dahulu tidak sama dengan kau sekarang..
Takdir cinta kita temu berbeda persimpangan..
Redhalah kasih ini kehendak Tuhan..

Monday, November 26, 2012

AKU BUKAN SESIAPA


Siapa aku..??
Puas aku mencari tetapi jawapannya tetap sama..
Aku adalah aku..Tidak kan bisa jadi orang lain...
Tiada apa yang dapat dibanggakan..
Hanya menyusahkan tiap perasaan...

Hati..??
Satu ciptaan yang penuh rahsia..
Tidak dapat diungkap dengan kata-kata...
Tetapi kenapa dengan hatiku...
Hati yang sering kali disakiti dan jua seringkali dilukai..
Sungguh bisa, pedih hingga ke tulang putih meninggalkan kesannya...

Perasaan..??
Berkaitan dengan hatikah ini...
Perasaan yang lahir dari hati..Berkait bukan..??
Aku sendiri tidak pasti perasaan ku tika ini...
Perasaan ku pelbagai rasa..Tiada gambaran..
Sedih dan gembira bercampur aduk..

Terlalu kecil ku rasakan hati ku kini..
Kenapa terlalu mudah tersentuh...
Dan terlalu mudah air jernih ini mengalir...
Meskipun hanya gurauan tetap bisa jua yang ku rasa..

Kenapa hati ku tidak sekuat dulu..
Apa yang datang  tabah kuhadapi...
Kini tidak lagi..Amat mudah berjauh hati...
Amat mudah berkecil hati...
Aku keliru dengan perasaan ku sendiri...

Mungkin aku sudah penat melayan perasaan hati..
Atau mungkin pengalaman pahit lalu masih berada dihati..
Ya...Segalanya mungkin...
Kerna hati dan perasaan bukan mainan..
Sekali tersentuh amat sukar untuk memaafkan..

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu..


Salam...

Sempena hari ibu ni aku pun tak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada wanita yang sudah bergelar ibu, mama, umi, mami, mak atau apa saja panggilan..Bagi yang belum bergelar ibu jangan ambil hati..Boleh ambil berkat moga dipercepatkan menjadi ibu..Insyallah..

Korang bangga tak dengan Ibu korang..? Jawapan aku tentu lah aku bangga dengan ibu aku...Kenapa..?? Kerana tiada ibu maka tiada lah aku sekarang ni..tentulah aku bangga...Ibu yang sanggup membesarkan aku dari besar telapak tangan hingga sebesar kereta Myvi sekarang ni...Dan sanggup memberi segala-galanya yang terbaik untuk aku..

‘Maafkan kaklong ibu..Kadang kala kaklong lupa pengorbanan ibu..Terlupa tanggungjawab kaklong sebagai anak terhadap ibu..maafkan kaklong ibu.. Maafkan kaklong’..

Aku mengaku berdosa pada ibu kerana aku manusia bukannya malaikat yang sempurna segala-galanya.. Korang lak sama macam aku ke..??. Jangan bohong la.. Dari 100 mungkin 10 je yang betul-betul bertanggungjawab dengan ibu masing-masing... Baik cepat minta ampun dan maaf sebelum terlambat..

Sekarang ibu aku sudah berusia 67 tahun... Masih kuat, bertenaga dan tiada berpenyakit.... Syukur alhamdulillah... Dan paling aku bangga pada ibu dalam usia begini ibu berani melakukan perkara yang aku sendiri tak akan sanggup nak lakukan..

Memang tak disangka dan diduga.. Terkejut jugak bila melihat gambar ibu..




Ibu melibatkan diri dalam 'RELA'.. Kalau disuruh aku, memang aku tak rela...hehehe...

Terima kasih Ibu.. Kegigihan dan semangat ibu adalah pendorong kaklong dan adik-adik meneruskan kehidupan..

'Selamat Hari Ibu'...
Lagu khas buat Ibu...