Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu..


Salam...

Sempena hari ibu ni aku pun tak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada wanita yang sudah bergelar ibu, mama, umi, mami, mak atau apa saja panggilan..Bagi yang belum bergelar ibu jangan ambil hati..Boleh ambil berkat moga dipercepatkan menjadi ibu..Insyallah..

Korang bangga tak dengan Ibu korang..? Jawapan aku tentu lah aku bangga dengan ibu aku...Kenapa..?? Kerana tiada ibu maka tiada lah aku sekarang ni..tentulah aku bangga...Ibu yang sanggup membesarkan aku dari besar telapak tangan hingga sebesar kereta Myvi sekarang ni...Dan sanggup memberi segala-galanya yang terbaik untuk aku..

‘Maafkan kaklong ibu..Kadang kala kaklong lupa pengorbanan ibu..Terlupa tanggungjawab kaklong sebagai anak terhadap ibu..maafkan kaklong ibu.. Maafkan kaklong’..

Aku mengaku berdosa pada ibu kerana aku manusia bukannya malaikat yang sempurna segala-galanya.. Korang lak sama macam aku ke..??. Jangan bohong la.. Dari 100 mungkin 10 je yang betul-betul bertanggungjawab dengan ibu masing-masing... Baik cepat minta ampun dan maaf sebelum terlambat..

Sekarang ibu aku sudah berusia 67 tahun... Masih kuat, bertenaga dan tiada berpenyakit.... Syukur alhamdulillah... Dan paling aku bangga pada ibu dalam usia begini ibu berani melakukan perkara yang aku sendiri tak akan sanggup nak lakukan..

Memang tak disangka dan diduga.. Terkejut jugak bila melihat gambar ibu..




Ibu melibatkan diri dalam 'RELA'.. Kalau disuruh aku, memang aku tak rela...hehehe...

Terima kasih Ibu.. Kegigihan dan semangat ibu adalah pendorong kaklong dan adik-adik meneruskan kehidupan..


'Selamat Hari Ibu'...
Lagu khas buat Ibu... 


video


Sunday, January 22, 2012

TEMAN JIWAKU

Teman..
Siapa aku..? 
Terkadang aku terlupa siapa aku 
Aku tak punya apa 
Tiada berharta untuk dibangga 
Tiada rupa untuk dijaja 
Hanyalah sekeping hati yang sedang terluka 

Teman.. 

Aku rindu saat manis kita 
Aku rindu gurau senda 
Aku rindu segala-galanya... 
Aku rindu waktu kita bersama 

Teman.. 

Kau pendengar setia 
Kau pengubat duka 
Kau juga semangat jiwa 
Kaulah tempat ku meluahkan segala 

Teman.. 

Begitu pantas waktu berlalu 
Kau pergi meninggalkan aku 
Walau tanpa rela.. itu aku tahu 
Kau terpaksa demi maruah dirimu 

Teman.. 

Bagai ombak menghempas 
Kiri dan kanan tidak akan terlepas 
Kita sama-sama terkandas 

Teman.. 

Sakit jiwa ini terasa bila rindu menjelma 
Bilakah dapat bersua 
Andai aku bersalah akan ku perbaiki semula 
Kekusutan dan kekeliruan antara kita 

Teman.. 

Andai pergiku ini tidak kembali 
Janganlah kau tangisi dan sesali 
Janganlah kau meratapi 
Apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi 

Teman.. 

Aku menyusun sepuluh jari 
Maafkan diri ini 
Yang pernah menyakiti 
Tanpa kau tahu mahupun kau sedari 

Teman.. 

Ketahuilah akan dikau 
Aku adalah aku 
Yang kau kenali dulu 
Tetap seperti dulu 
Yang masih menyayangi dirimu 


~Sweet Little Honey~ 

Saturday, October 15, 2011

KEMUNCUP.....



Assalamualaikum....


Bercerita pasal kemuncup ni teringat aku pada seorang makcik.... Peah namanya.... Walaupun sudah berusia,  ramai akan menyangka makcik Peah baru berumur  17 tahun...Kalau dipandang dari jauh...Kecil molek orangnya... Mesra tak kira dengan siapa..Sentiasa tersenyum...Jarang dapat aku berjumpa dengan makcik Peah ni...Tapi bila sekali berjumpa memang banyak cerita yang dikeluarkannya..Itu yang aku suka..Tetapi  biasanya  aku saja yang akan terkena...Tak kisah lah..Yang pasti aku terhibur  dan sedikit sebanyak aku dapat ilmu dari makcik Peah..


Nak dijadikan cerita pada hari itu kebetulan aku menuju ke perhentian bas.. Aku ternampak akan makcik Peah sedang duduk berborak dengan seseorang...Aku senyum...Ini saat yang aku tunggu..Segera aku merapati makcik Peah...Bersalaman dan bertanya khabar...Lama tidak berjumpa berbagai cerita kami bualkan...Memang tak akan kering gusi dengan makcik Peah ni...Dalam ketawa yang belum berhenti tiba-tiba makcik Peah meminta aku memandang ke hadapan..Pelik juga apa yang aku pandang hanyalah padang bola yang penuh dengan kemuncup...Kata makcik Peah ramai orang tidak tahu mengenai kemuncup ni.. Katanya ‘kemuncup ni kalau  beringat kita tak akan  kena tapi kalau tak beringat itu yang kena’... Kerut kening  aku mikir..Apa pulak muslihat makcik Peah kali ni...Aku tahu makcik Peah sengaja berteka teki supaya aku mengutarakan soalan.. Itu yang dia tunggu untuk mengenakan aku...Alahaiiii makcik...Orang kata  ‘malu bertanya sesat jalan’..Kalau aku tak bertanya aku tak kan dapat jawapan...Aku memandang makcik Peah tanda minta diberi jawapan..Kata makcik Peah ‘bila kita beringat, berjalan pada tempat yang ada kemuncup kita akan mengangkat kain, tak kan kena lah kemuncup tu..Tapi sekiranya kita tidak beringat (mengangkat kain) terus berjalan sudah tentu kemuncup akan melekat pada kain kita’...Berderai  ketawa makcik Peah berjaya mengenakan aku lagi dan meminta izin untuk pulang...

Terpana aku sehingga makcik Peah hilang dari pandangan baru aku tersedar...Memang ada logiknya...Kenapa  aku tak pernah terpikir...Banyak yang tersurat dan yang tersirat pada orang lama seperti makcik Peah...Yang memerlukan orang muda seperti aku ini untuk berfikir...Dan harapan aku  selepas pertemuan ini aku akan berjumpa lagi dengan makcik Peah...

Wassalam...