Tuesday, July 27, 2010

'MakAn LuaR'...

Salam.....




Sedang ralit aku menyiapkan kerja-kerja pejabat yang terbengkalai semalam, tiba-tiba datang seorang sahabat bernama Lie bercerita tentang pengalamannya tentang 'makan luar' pada malam minggu lepas..'Makan luar'..??..Dalam fikiran aku berterabur prasangka yang negetif..

Cerita Lie, biasalah malam minggu dia akan membawa family keluar. Pada malam tu Lie menunaikan janji pada isterinya membawa menonton wayang...Beraturlah Lie membeli tiket...Tetapi malangnya cerita ini, tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur dan tidak dibenarkan masuk panggung..Merajuklah si isteri ni tadi..Setelah dipujuk akhirnya diterima juga setelah ditukarkan pada cerita yang lain...

Ada masa satu setengah jam...Banyak masa lagi...Sementara menunggu wayang nak mula, Lie dan family 'makan luar' (dinner) tak jauh dari panggung wayang tersebut...Kawasannya luas banyak gerai-gerai makanan...Masakan Melayu, masakan Thailand pelbagai.. Pilih saja apa yang terlintas dipikiran...Ramai sungguh orang pada malam itu, semua pilih untuk 'makan luar'...

Setelah mendapat tempat, terpaksalah Lie menjelajah dari satu gerai ke satu gerai untuk membuat pesanan..Maklumlah ramai sangat orang, sekiranya ditunggu sudah tentu mengambil masa yang lama..Lagi pun pelayan di situ tidak mengambil pesanan hanya menghantar pesanan sahaja...Ada lima selera sudah tentu berlainan makanan yang dipesan....

Kira-kira 30 minit kemudian barulah empat pesanan yang dipesan tiba di meja...Selesai sudah anak dan isteri Lie menghabiskan makanan iaitu selepas 20 minit berlalu barulah pesanan Lie tiba..Ikutkan hati mahu ditolak saja pesanan tu.. Mengenangkan perut berbunyi Lie mengalah...

Setelah selesai Lie masih lagi di meja sambil menghisap rokok sementara menunggu anak dan isteri ke tandas...Terperanjat Lie ditegur oleh pelayan yang meletakkan satu lagi pesanan yang sama di meja...

'Maaf la bang..Pesanan lambat sampai'....kata budak pelayan..

'Eh..eh..saya dah habis makan...saya dah bayar dan saya dah nak pergi dah ni...mintak maaf la dik salah meja agaknya ni'...balas Lie..

'Tapi ni pesanan meja 42 bang'...kata budak pelayan lagi..

'Salah meja ni'...Tegas Lie lg..

Berlalulah budak pelayan tu dengan perasaan tidak puas hati..Lie masih menunggu..sekali lagi Lie terkejut disapa oleh tauke gerai...

'Apa ni dah oder tak nak makan..Macam mana ni bang...Rugi la saya...siapa nak bayar ni..Saya tak kira abang kena ambik juga'..Marah tauke gerai..

Puas Lie menolak dan menerangkan kebenaran tetapi tauke gerai tetap berkeras menyuruh Lie membayar juga pesanan tersebut...Malas nak bertengkar dan malas nak bercerita panjang, nak tak nak Lie membayar juga.

Termenung aku mendengar cerita Lie..Memikirkan siapa sebenarnya yang salah dan di mana silapnya..Adakah Lie yang tersilap membuat pesanan atau Lie sengaja dikenakan atas kesilapan tauke gerai itu sendiri...


9 comments:

  1. Hah pelik gak,cuba la suruh tokey tu...check balik odr yang ditulis tadi.(odr mula-mula tu)pas tu odr kedua tadi tu check juga...manalah tau salah tulis meja.Sebab tu bila kita odr suruh dia repeat balik odr sebelum masuk dapur...untuk mengelakan salah odr..

    ReplyDelete
  2. salam..
    alahai kesiannya
    apa nak buat..kalau
    saya mau kena 'talk'
    tawkey kedai tu..he he

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah.
    Hmmm .. camno tu? Samseng juga tokey tu .. tapi tak pernah dengar cite camni!
    Patut bersemuka .. order dgn siapa, di gerai mana?

    ReplyDelete
  4. kalau kena dgn abang mai, mau kecut taukey tu. :P

    ReplyDelete
  5. Hmmmm...Lie X mau bising2 n x mau hilangkan mood tengok wayang....Bayar terus angkat kaki jalan je...

    ReplyDelete
  6. kalau saya jgn harap nak bayar. dah lah antar order lambat. mana logik ada org yg order sampai 2 kali. makan duit haramlah tokey tu...:(

    t kasih follow

    ReplyDelete
  7. Tokey tu nok makan bubur kat sepito ter...

    ReplyDelete
  8. black listed..xmo g kedai tu dah.

    ReplyDelete
  9. dia tau dia rugi je, kita ni rugi dia tak tau ye

    ReplyDelete