Monday, July 26, 2010

MEMORI (GAJAH DAN WANITA)




'Apa!!!..Kau kata aku gajah Salleh...??? Mentang-mentang la saiz aku ni terlebih X...memang kau tak sayang mulut'...Itulah ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku bila Salleh samakan aku dengan gajah...Berdesing telinga...Cukup terbakar aku. Memang teramat sensitif bagi kaum hawa yang bersaiz XXL macam aku ni.. Rasa nak ku tujah je kepala si Salleh ni.. Ada ke patut dalam banyak-banyak spesis haiwan, kenapa gajah yang dijadikan persamaan?..ohh tidakkkkk..

'Ampun kak...a..a..ampun..Sa...sa..saya bukan nak sa...sa..samakan akak de..de...dengan gajah..Sa...sa...saya ca...ca...cakap me..me..memori orang pe..perempuan sa..sa..sama dengan me...me...memori gajah...haaaa'...Be..be..betul kak'..
Furhh!!!!...lepas seksa rasa menunggu Salleh menghabiskan ayat...Semput rasanya..Kesian pulak aku kat Salleh ni...Jenuh nak menghabiskan ayat...Beria benar Salleh menyakinkan aku..

'Mana kau dapat maklumat ni semua Salleh?..Tanyaku..

'A...a...ada la'...Jawab Salleh sambil tersenyum dan terus berlalu..

Aku ketawa sambil menggaru kepala yang tak gatal...Rasa bersalah pulak aku pada Salleh..Baru lah aku faham apa yang dimaksudkan Salleh ni..Maksud Salleh memori perempuan sama dengan memori gajah yang dapat mengingat perkara atau kejadian yang lepas walaupun ianya sudah melebihi 15 atau 20 tahun lamanya..

Termenung aku memikirkan kata-kata Salleh tadi..Adakah benar atau kebetulan?.. Sudah terbuktikah??..Sampai sekarang aku masih belum mendapat jawapan...




1 comment:

  1. Salam ziarah...

    Kena buat kajian terperinci ni...info menarik..

    ReplyDelete