Wednesday, August 11, 2010

'TEKA-TEKI AL-GHAZALI'.....


Salam Ramadhan buat semua…




Aku tertarik pada satu artikel yang bertajuk ‘Teka-teki al-Ghazali’..Lalu kucoretkan disini khas untuk renungan kita bersama.Dalam satu sesi pembelajaran, Imam al-Ghazali bertanya murid-muridnya;
“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”..
Salah seorang menjawab: “ Ibu bapa kita, ustaz”.
Seorang lagi menjawab: “Sahabat karib”.
Dan seorang lagi mencelah “Guru, ustaz”..
Berebut-rebut mereka menjawab. Bermacam-macam jawapan yang diberi. “Semua jawapan itu tidak salah…tapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sememangnya janji benar Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti merasai mati.” Katanya membuatkan murid-muridnya melopong.

Soalan kedua pula diajukan: “Apakah yang paling jauh daripada kita?”
Sekali lagi murid-murid Imam al-Ghazali melopong..Tadi dekat, sekarang jauh pula.
Seorang murid menjawab dengan selamba: “Bulan.”
Seorang lagi pula menjawab: “Matahari.”
Seorang murid yang duduk di belakang menjawab: “ Bintang di langit, ustaz!”
“ Semua jawapan yang diberi itu ada benarnya, tapi yang paling jauh adalah masa lepas. Walau apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Seharusnya, kita patut menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan amalan, bersesuaian mengikut ajaran agama.” Terang Imam al-Ghazali.

Soalan ketiga “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Dengan pantas seorang murid menjawab: “Gunung.”
“Salah jawapan dia ustaz lautan lah yang paling besar.” Celah seorang murid yang paling besar di antara mereka.
Seorang lagi menjawab: “Bumilah yang paling besar.”
“Semua jawapan betul tetapi yang paling besar daripada yang terbesar didunia ini adalah nafsu. Maka itu, kita haruslah berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu itu membawa kita terjerumus ke neraka.” Katanya membuatkan murid-murid berpandangan sesama sendiri.

Kemudian beliau mengajukan pertanyaan keempat pula;
“Apakah yang paling berat di dunia ini?”
“Batu, ustaz!.” Kata seorang murid.
Seorang murid yang diam sejak tadi pula menjawab: “Besi.”
Sekali lagi murid berbadan besar menjawab: “Gajahlah yang lebih berat,” membuatkan yang lain ketawa berdekah-dekah.
Tersenyum Imam al-Ghazali mendengar. “Sekali fikir jawapan yang kamu berikan semuanya betul, tetapi yang paling berat adalah memegang amanah. Semua tumbuhan, binatang, gunung ganang hatta para malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Tetapi manusia dengan sifat sombongnya menerima tawaran Allah. Lantaran itu banyak daripada mereka akhirnya masuk neraka kerana gagal memikul amanah itu.”

Seterusnya Imam al-Ghazali bertanyakan soalan kelima;
“Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
“Kapas.” Jawab seorang murid.
“Angin lah.” Balas seorang murid yang lain.
“Daun-daunan, ustaz.” Seorang lagi memberi jawapan.
Imam al-Ghazali hanya menggeleng-gelengkan kepala. “Yang paling ringan ialah meninggalkan solat. Gara-gara sibuk dengan mengabaikan solat atas alasan sibuk”

Ini adalah soalan yang terakhir. Dengar betul-betul;
“Apakah benda yang paling tajam di dunia ini?”
“Pedang.” Jawab murid-muridnya serentak.
“Benar…” Kata Imam al-Ghazali membuatkan murid-muridnya bertepuk tangan.
Kemudian beliau meneruskan penerangan. “Yang paling tajam adalah lidah. Melalui anggota badan yang lembut itulah, manusia selalunya mudah berbalah, menyakiti hati dan melukai perasaan sesama saudaranya sendiri.”

6 comments:

  1. salam ziarah

    Tambahan...ada penyakit tiada ubat dalam dunia ini iaitu MALAS,kalau ada ubat untuk malas ni kan senang,makan cam panadol pas tu jadi rajin he3...thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. t kasih atas perkongsian pintar di bulan yg penuh barokah.

    moga kita beroleh barokah, keampunan dan taqwa.

    ReplyDelete
  3. Begitulah cara cara guru yang dahulu mengajar dan sangat berbeza dengan keadaan masa kini yang lebih kepada benda benda yang tidak mendatangkan faedah

    ReplyDelete
  4. Hmmm ... ya begitulah kebijaksanaan & kepintaran seorang pendidik & ilmuwan. Berkesan kan?
    Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
    Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
    Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
    Selamat Beribadah.

    ReplyDelete
  5. Pak Nidus cuma nak ingatkan pada soalan kelima..jangan tinggalkan solat.

    ReplyDelete