Friday, September 3, 2010

HARI RAYA (RENDANG AYAM)

Assalammualaikum....

Bercerita pasal Hari Raya teringat masa aku berumur lapan tahun...Memang tak sabar-sabar nak menghabiskan puasa sebulan sebab seronok sangat nak raya....Maklumlah bila raya merasalah baju dan kasut baru...Dapat duit raya dan yang lebih penting dapat makan yang sedap-sedap pada masa ni...

Kata mak kalau puasa penuh lagi tahun ni mak akan masakkan rendang ayam...Rendang ayam?????...Sedapnya....Tapi dapatkah aku berpuasa penuh..?? Aku menyahut cabaran mak untuk berpuasa penuh...Memang seksa rasanya dan terasa lambat sangat sebulan berpuasa kurasakan...Macam-macam dugaan yang aku lalui...tapi demi rendang ayam aku bertekad...


Ayam Belanda
Aku ada membela dua ekor ayam belanda yang kubeli ketika mengikut abah membeli persiapan raya pada tahun sudah (ketika umurku tujuh tahun)...Seekor jantan dan seekor betina...Roy dan Min kuberi nama...Setiap hari roy dan min akan menyambut aku balik dari sekolah...Memandangkan kedudukan rumah aku dan rumah jiran agak jauh, kawan aku hanyalah roy dan min...Aku cukup sayang pada roy dan min sehinggakan aku pun berbau ayam belanda....Itu kata mak...

Pada minggu terakhir berpuasa hari-hari aku mengingatkan mak supaya mengotakan janji...Tiap-tiap malam aku akan mengadap tv berdoa moga raya diumumkan esok hari..Tak sabar nak mengenakan baju dan kasut baru...Minggu terakhir ini juga minggu yang paling seronok aku rasa...Puasa pun tak terasa penat...

Bila saja diumumkan esok raya akulah manusia yang paling gembira...Aku lihat mak sibuk memasak ketupat dan memasang langsir... Tapi dimana rendang ayamku..??? Mak menyuruh aku tidur kerana esok pagi mesti bangun awal dan pergi sembahyang raya.. Sebelum aku tidur, sempat aku ke reban roy dan min bercerita betapa seronoknya aku nak pakai baju dan kasut baru...Dan yang paling penting aku dapat makan rendang ayam...

Keesokkan seperti yang dijanjikan, maka terhidanglah rendang ayam kegemaranku...memang sedap ketupat dan rendang ayam yang mak masak...Aku makan semahunya....Selepas makan aku akan ke rumah nenek...Sebelum berangkat aku ke reban roy dan min...Alangkah terkejutnya aku melihat roy dan min tiada...ke mana agaknya...tak kanlah pagi-pagi lagi dah merayau...Aku bertanya pada mak tapi tiada jawapan yang mak berikan...

Dalam perjalanan ke rumah nenek aku menangis, roy dan min aku sudah hilang...Mak memujuk dan berjanji akan menggantikan dengan yang lain...Satu hari mood raya aku hilang...Satu hari juga aku tertanya-tanya kemana agaknya ayam aku itu, yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu bahawa roy dan min aku sudah menjadi rendang...

Inilah kisah yang tak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini...Diingatkan kembali memang geli hati...Walaupun ada pengganti ayam yang lain, tetap tidak sama dengan apa yang aku ada dahulu...

Jadi di kesempatan ini ingin aku menyusun sepuluh jari  memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata kepada semua rakan-rakan dan kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini...



Pagi hari berbaju kebaya,                      
Bersiap hendak menari zapin,
Diucapkan Selamat Hari Raya,
Dengan maaf zahir dan batin...

Wassalam....

9 comments:

  1. salam ziarsh..jgn risau..nadia pon ada pengalaman ayam kesayangan kena sembelih..tp nadia mmg tau dr awal diorg tangkap n sembelih ayam nadia..so mse diorg ramai2 makan ayam 2..nadia sorg jer majuk xmo mkn...sejak ari 2 mogok xmo mkn ayam he3 (masa kecik) ...tp skang mkn dh ayam :D

    ReplyDelete
  2. Slm nadia..

    Klo tau yg dimkn tu ayam kesayangan mmg tak kn mkn..Sebab tak tau tu yg sedap je ase...hehehe..

    ReplyDelete
  3. huh..sedap tu rendang ayam belanda,tapi still makan ayam kan?

    SELAMAT HARI RAYA!

    ReplyDelete
  4. Man...
    Itu dulu punyer cerita...Skrg rugi klo tak mkn ayam sbb ikan mahal drpd ayam..

    ReplyDelete
  5. Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

    ReplyDelete
  6. salam,
    he3...haru juga cenggitu ek!
    saya tak pernah makan ayam belanda.

    *********************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Berhati-hati di jalanraya.

    ReplyDelete
  7. tahun ni punye raya kte masak rendang ayam piru~

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete