Thursday, November 4, 2010

Arthritis

Salam...

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat dengan semua tentang kesihatan terutama pada wanita..

Mungkin ramai yang sudah tahu, dan mungkin juga ada  yang tidak tahu apa yang menyebabkan seseorang itu mengalami Arthritis atau lebih dikenali sebagai penyakit kronik pada sendi-sendi. Kebanyakannya wanita berisiko tinggi mengalaminya berbanding dengan kaum lelaki...



Apa yang menyebabkan Arthritis ini..?? 
Jawapan aku kasut bertumit tinggi...Tapi kenapa kasut yang bertumit tinggi...??
Ya...Bagi wanita berkeriar, kasut tumit tinggi pasti ada dalam koleksi mereka.  Akan tetapi  berhati-hati kerana kekerapan  mengenakannya boleh menyebabkan mengalami arthritis pada usia tua. 

Kenapa..???
Kerana ia berhubung antara sendi dan kasut tersebut yang menyebabkan berlakunya pembengkakan pada tisu penyambung terutama dihujung kaki....

Arthritis ini juga boleh mengakibatkan kekeringan pada mata dan  munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan...Organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama... Pemakaian sandal yang bermuncung kecil juga adalah penyebab masalah ini...

Kesimpulannya, kepada kaum wanita yang bertubuh gebu dan gempal disarankan bijak memilih kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki anda..Jangan hanya tergoda pada kecantikan kasut tersebut, kaki anda menerima akibatnya...

Wasalam

2 comments:

  1. Ada nampak dalam rancangan Oprah pasal ni hari tu...nasib baik tempat kerja saya tak memungkinkan untuk saya memakai kasut tumit tinggi, selamat sikit, hehe

    ReplyDelete