Sunday, November 7, 2010

KATAK


Salam....

Langit mendung...Menandakan hujan akan turun lagi...Sudah musim tengkujuh sekarang ini...Kedengaran cukup merdu alunan irama dari sang pemanggil...Penemuan seekor katak besar seberat 1.3 kg di Kelantan baru-baru ini memberi amaran bahawa akan berlakunya banjir besar...Betul ke..?? Setakat mana kebenarannya..?? Kenapa agaknya haiwan ini dikaitkan dengan hujan....?? Mari kita lihat gambar di bawah ini.. Sekali pandang mungkin kita tidak menyangka ini adalah seekor katak...

  


Terdapat lebih dari seratus jenis katak di dunia ini dalam berbagai bentuk, saiz dan warna..Gambar ini ialah gambar seekor Katak Vietnam. Dalam nama sainsnya Theloderma corticale atau katak berlumut Vietnam..Spesies katak ini adalah dari keluarga Rhacophoridae...Habitat alamnya subtropis atau hutan dataran rendah yang lembab..Hidup dalam air tawar dan berbatu...Kulit yang berbintik-bintik hijau dan hitam sama seperti lumut yang tumbuh di batu membolehkan katak ini melakukan penyamaran...Berbahayakah haiwan ini..??? Mungkin berbahaya sekiranya ianya merasakan dirinya tidak selamat... 

Wasalam....

6 comments:

  1. assalamualaikum azwa..

    preview katak lah pulak...
    katak jugak yang jadi hero entri ni..hensem le katakan..
    bunyi cam aku jeles pulak!
    tak denyer ok..

    ReplyDelete
  2. besar betul katak nih...tak bahaya kut he3..

    ReplyDelete
  3. abgreds...tak kan dgn katak pn nk jeles...hehehe..

    man...ade lg yg lebih besar..

    ati masrif...penyamaran lbh berjaya klo lg bulat..hehehe

    ReplyDelete