Monday, December 27, 2010

PENGHUJUNG 2010

Assalamualaikum...........



22hb November 2010
Pagi lagi aku terima panggilan dari abah…
‘Abah di klinik ni’…kata abah
‘Kenapa??...balasku…
‘Mak demam dah dua hari tak baik-baik’…kata abah lagi..
‘Abah demam jugak ke..?? Bunyi tak sihat je tu’…tanyaku..
‘Dah baik dh’..jawab abah..

23hb November 2010
Tidur malamku tidak lena..Hati berasa berdebar-debar.. Gelisah macam ada yang tak kena…Sedang leka mengemas diri dihadapan cermin untuk ke tempat kerja, aku terkejut telefon bimbit berbunyi..
‘Assalamualaikum…Akak boleh balik sekarang tak??’…pantas abah bertanya belum sempat aku menjawab salam…
‘Kenapa’..??... pantas juga aku bertanya…
‘Mak ni dah nampak tenat..makan tak mahu..makan ubat pun keluar balik…asyik muntah je dari malam tadi’…kata abah
‘Hahhh!!!...ye lah’… ringkas aku menjawab..

Inilah jawapan kenapa hatiku berdebar-debar dari malam tadi…Aku terpana sejenak…Buntu....Aku duduk dan cuba bertenang…Berfikir apa yang harus aku lakukan…Pelbagai andaian yang buruk bermain di fikiran…Aku mengambil telefon bimbit dan menekan nombor ‘bos’ bercerita apa yang berlaku…Alhamdulillah  aku dibenarkan cuti…Prasangka buruk semua aku buang jauh..Aku kuatkan semangat..Ini bukan masanya..Sekiranya berlaku juga aku redha walaupun aku belum bersedia…Otakku kembali berfungsi…Kukejut dua orang adik lelakiku yang masih lena dan berkemas segera..

Tepat jam 11.00 pagi aku sampai di kampung..Adik perempuanku sudah setengah jam sampai…Terus aku mengadap mak…
‘Mak tak nak makan la kak long’…kata adik perempuanku…
‘Mak…makan la sikit…tadi kata nak sup ayam..akak dah beli ni’..pujukku
Baru dua suap mak tak boleh nak telan…nak muntah katanya…Ubat pun tak boleh nak makan ni dah kes berat fikirku…
‘Kita pergi hospital je la mak..Periksa apa yang tak kena ni’…pintaku
Aku lihat abah batuk tak henti-henti…Aku mengajak abah pergi sekali…Abah menolak dan menyuruh aku saja yang bawa mak…Dua orang adik lelakiku turut sama..

Sampai di hospital aku terus ke bahagian kecemasan…Ramainya yang sakit sekarang ni hingga ke pintu pun padat dengan orang…Ruang duduk untuk pesakit semua penuh...Mak sememangnya tidak berdaya langsung…Aku mengambil kerusi roda yang tersedia…Bawa mak masuk dan segera mendaftar…Hampir satu jam menunggu barulah tiba giliran mak…Aku menolak kerusi roda mak ke bilik pemeriksaan…Mak diminta berbaring di atas katil dan doktor memeriksa mak..
‘Cik minta tunggu diluar ye..Mak cik ni perlu dimasukan air dan diambil darah…Selesai nanti saya beritahu’…kata jururawat…
Benarlah kata pepatah penantian itu satu penyeksaan…Perkara yang paling aku tak suka…Menunggu…Sudah 2 jam, mak masih di dalam…Apa yang tak kena agaknya…Sejuk aircond menyucuk sampai ke tulang…Sekejap aku duduk sekejap aku bangun berjalan ke luar…Aku bukan tahan sangat dengan sejuk-sejuk ni..silap hari bulan aku pulak yang kena rawat nanti…Sudah silih ganti orang yang keluar masuk…Ada yang menjerit, menangis dan paling tak sedap mata memandang, yang luka-luka dan berdarah…Alahaiiiiii…Aku memang tak boleh tengok darah…Pening nak pitam…Tak tahan dengan keadaan aku keluar dari bilik menunggu…

Setelah 4 jam menunggu akhirnya aku dipanggil…Aku diberitahu mak perlu dimasukkan ke wad…Suspek denggi… Sudah kujangka ini yang akan terjadi..Aku akan tinggal di hospital bersama mak…Tapi disebabkan aku sehelai sepinggang waktu itu aku terpaksa balik…

24bh November 2010
Pagi lagi aku berkemas untuk ke hospital…Semasa bersarapan aku lihat abah terbaring menggigil…
‘Abah demam’..kata adik perempuanku…
‘Boleh la bawak abah sekali…Check jugak takut denggi macam mak’..kataku
Adik-adik aku setuju…Yang tak bersetuju hanyalah abah aku…Aku tahu abah memang takut dengan ubat-ubat…Puas kami adik beradik memujuk akhirnya abah setuju….Tanpa berlengah kami terus ke hospital…

Sampai di hospital sekali lagi aku terus ke bahagian kecemasan…Mujurlah kali ini orang tak berapa ramai…Abah diperiksa sama seperti mak semalam dan dibaringkan di atas katil yang sama…Kebetulan…Aku berdoa moga abah tak sakit sama macam mak…

Waktu aku menunggu tak lama…1 jam setengah kemudian aku dipanggil…
‘Cik…ayah cik perlu dimasukkan di wad’….kata Jururawat…
‘Wad..?? Sakit apa..??’…Laju soalan keluar dari mulut aku
‘Batuk pakcik ni teruk..Jantung pakcik pun lemah’…balas Jururawat tu lagi
‘Ye lah’..tu jawapan aku..
Aku beritahu adik-adik….Semua termenung…Kebetulan nak sakit serentak…Wad abah pun bersebelahan wad mak…Jadi tugas untuk menjaga abah aku serahkan pada adik lelaki…

Bermulalah kisah aku bermalam di hospital…Bukan suspek lagi…Dah memang sah mak kena denggi..Kesian aku lihat mak tiap 5 jam sekali ganti air…mak kata dari dimasukkan ke wad semalam tak berhenti ganti air…Dan dalam sehari 5 kali darah mak diambil…Kesian mak…

Mak seorang yang tegas dan garang…Sebab itu aku tak pernah membantah cakap mak…Aku turutkan saja walaupun kadang-kadang aku membantah…Itu dulu masa aku anak kecil…Sekarang mak dah boleh diajak bergurau dan tak garang lagi…Mungkin disebabkan faktor umur…Sayu hati melihat mak tidur…Tak dapat aku bayangkan bagaimana sekiranya aku kehilangan mak…Ohhh tidakkkkkkkk….Menitis air mataku…Tak sanggup rasanya…Sekiranya kehendak Ilahi aku terpaksa redha…

25hb November 2010
Aku tersentak…Aduhhh…Sakitnya kepala dan badan terasa lenguh…Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi…Kuraup muka…Menggosok mata.. Ada lebihan air mata…Rupanya aku tertidur dalam tangisan di atas kerusi…Aku ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mak bangun…

Setelah selesai aku lihat mak sudah bangun…Aku bawa mak ke tandas membersihkan diri…Kesian sungguh mak nak berdiri pun tak berdaya…Segala-galanya perlu dibantu…Selepas mak bersarapan dan makan ubat aku ke wad abah pula…Tiada halangan aku nak melawat abah kerana aku penghuni wad sebelah....Aku berjumpa Jururawat bertanyakan apa sebenarnya penyakit abah…Yang setahu aku abah tiada penyakit yang kronik...

‘Ayah cik masa dimasukkan semalam suspek denggi…Dan paru-paru pakcik ada jangkitan sebab terlampau lama batuk’…kata Jururawat…

Denggi…Sama juga dengan mak…kebetulan lagi.. Setelah abah pun sudah bersarapan dan makan ubat aku mengajak adik bersarapan di kantin hospital…

Setiap hari adik perempuan dan adik lelakiku akan datang…Kami akan duduk berbual sambil makan… Kadang tak banyak yang kami bualkan…Walaupun hati susah kami tetap boleh bergelak ketawa bila bercerita bab abah nak makan ubat…Satu penyeksaan bagi abah bila nak makan ubat…Waktu inilah aku dapat rasakan kemesraan kami adik beradik…

26 hb & 27hb November 2010
Sama saja aktiviti aku hinggalah ke malam hari…Bosan memang bosan…Tapi aku tak lah sebosan mak yang asyik terbaring…Dari satu katil ke satu katil aku berbual dengan pesakit didalam wad ini…Seolah-olah aku pula doktor yang memeriksa…Jururawat di sini pun ramah-ramah…Semua student praktikal…Tak hairanlah kalau aku ramai kenalan Jururawat…

Alhamdulillah…Kesihatan mak beransur pulih…Sebelah petang tadi aku bawa mak berjumpa abah…Kesian juga sudah 5 hari mak tak bersua muka dengan abah…Kami semua berkumpul di wad abah…Aku lihat abah dah boleh gelak besar masa berbual…Harap-harap boleh keluar hospital dalam satu atau dua hari lagi…

Sangkaan aku meleset…Tepat jam 11 malam aku terima panggilan…Abah perlu segera dihantar ke Hospital Temerloh kerana platelet abah dah tinggal 4%....Aku bergegas ke tempat abah dan mengemas semua keperluan yang perlu dibawa…Dan adikku perlu mengikut abah ke Hospital Temerloh…

Aku lihat adik lelakiku dah tak tentu arah…Macam-macam pesanan ringkas aku berikan pada adik…
‘Tabah, kuat semangat dan redha walau apa pun terjadi…Kalau angah lelaki tak kuat semangat,  macam mana dengan akak ni…Semua ini dugaan untuk kita’…kataku…
Aku tahu adikku yang satu ini..Muka saja nampak garang tapi dalam hati ada taman bab kata orang-orang sekarang…

28hb November 2010
Selesai aku menguruskan mak, aku bersama dua orang lagi adik pergi ke Hospital Temerloh…Di Hospital Temerloh abah ditempatkan di ICU…Lagi kesian aku melihat abah…Penuh dengan wayar…Dua hari abah di ICU akhirnya abah dibenarkan keluar dan di tempatkan di Wad Di Raja (nama wad)...Paru-paru abah dah baik cuma gula dalam badan abah pula terlampau rendah…Alahaiiii…Macam-macam penyakit dapat dikesan kalau sudah berada di hospital…

Macam mana nak tambah gula dalam badan abah…Aku beli 2 jenis buah untuk abah sebab dari mula masuk hospital abah tak mahu makan nasi…Tak dapat makan banyak sedikit pun jadi untuk abah tambah tenaga…Selesai aku menguruskan abah, aku balik semula ke hospital Bandar Pusat…Begitulah rutin aku sehingga…..

30hb November 2010
Pagi lagi segala urusan mak selesai…Mak beransur sihat dan makan pun sudah nampak berselera…Waktu bersarapan aku beritahu mak hari ini doktor datang membuat pemeriksaan…Kalau tak ada apa-apa masalah dan mak rasa sihat mungkin boleh balik…Terasa aku pulak yang macam doktor…Bukan apa, dari aku jaga mak di sini segalanya aku kena catit... Dari minum, makan dan buang air mak pun aku kena catit…tak mustahil sedikit sebanyak aku tahu perkembangan mak…

Seperti yang dijangka hari ini mak dibenarkan balik…Gembira bukan kepalang mak..Tak sabar-sabar nak balik…Mak disahkan mengidap darah tinggi dan dibekalkan ubat…

Tengahari aku membawa mak ke hospital Temerloh melawat abah…Abah belum dibenarkan keluar hospital kerana paras gula abah pula terlalu tinggi…Aduhhh!!!...Semalam rendah hari ni tinggi…Mesti kerana buah yang aku beli semalam…

1hb Disember 2010
Badan pun penat…Rumah tak terurus….Hari ini aku bercadang ingin berehat dan mengemas rumah sahaja…Tak perlu ke hospital melihat abah kerana keadaan abah pun dah stabil fikirku…Tepat jam 10.00 pagi….
‘Kaklong datang sekarang abah dah boleh balik’…kata adik lelakiku yang menjaga abah…
Terpaksa kubatalkan niat nak mengemas rumah…Segera aku dan adik lelaki bongsuku ke hospital Temerloh…

Tiba sahaja  aku lihat abah sudah menunggu di lobby hospital...Memang tak sabar abah nak balik...Seperti mak, abah juga dibekalkan ubat dan sudah tentu penyakit lain juga singgah...Doktor sahkan abah mengidap kencing manis...Siapa sangka yang selama ini abah sihat rupanya berpenyakit...

Sampai di rumah aku lihat ramai jiran yang  bertandang melawat mak....Bagai ada keraian pula aku rasa...Silih berganti yang datang....Aku terlalu kepenatan...Tidak dapat ditahan-tahan mata yang nak terpejam...Aku melayan tetamu lebih kurang dan kemudian kutinggalkan adik-adik yang melayan...Aku apa lagi kunci bilik dah tak ingat apa-apa...

5hb Disember 2010
Aku kembali ke kuala Lumpur kerana esok hari aku akan mula bertugas semula...Sampai di rumah aku mula rasa tak sedap badan...Kepala aku sakit...Aku telan ubat agak lega sedikit...Sehari sahaja aku bekerja aku sudah mengambil cuti sakit...Aku demam, batuk dan selsema....Ini yang aku risaukan kerana aku lelah....

27hb Disember 2010
Disebabkan kesibukkan dan kesihatan yang tak mengizinkan ini lah blog aku tidak berupdate...Sehingga kini sudah tiga kali aku ke klinik kerana lelah dan semasa aku menulis ini pun aku masih lagi lelah....Kesian diriku...

Wassalam....

No comments:

Post a Comment