Saturday, January 8, 2011

SUDOKUKU...

Salam.....
Aku memang terlalu suka dengan permainan Sudoku ini…Aku mengenali permainan ini melalui surat khabar….Aku sengaja mencuba…Sekali mencuba aku tidak berjaya…Aku mencuba lagi sehingga aku berjaya dan membuatkan aku ‘ketagih’ ingin mencuba lagi…Aku mula mencari dan bertanya di setiap kedai buku yang aku masuki…Tidak semua kedai ada menjual buku Sudoku ini…Permainan Sudoku ini amat baik sebagai ‘senaman’ otak dan dapat melambatkan  berlakunya proses nyanyuk...Itu yang ku tahu…

Mari aku terangkan secara ringkas permainan ini…Permainan ini dicipta di Amerika…Dipopularkan di Jepun dan sekarang merebak ke seluruh dunia…Tidak perlu meneka atau mempunyai kepandaian mengira untuk bermain…Hanya dengan menggunakan kemahiran berfikir secara logik…

Permainan ini terdapat nombor dalam sembilan baris dan sembilan kolum …Dalam setiap baris dan kolum membentuk sembilan wilayah…Setiap satu wilayah terdapat sembilan tapak yang dikelilingi sempadan…Setiap barisan, kolum dan wilayah hanya boleh diisi dengan nombor 1 hingga 9 sahaja…Mudah bukan..?? Hanya perlu lima belas minit sahaja untuk diselesaikan…Tetapi jangan silap permainan ini juga boleh ‘membunuh’…Anda  mungkin akan mengambil masa beberapa jam, hari atau mungkin tidak dapat diselesaikan tanpa melihat jawapan sebenar…Jadi…Apa tunggu lagi…Asahlah pensil anda dan mari mencuba permainan ini…Selamat mencuba…

Wassalam.......

3 comments: