Assalamualaikum....
Bercerita pasal kemuncup ni teringat aku pada seorang makcik.... Peah namanya.... Walaupun sudah berusia, ramai akan menyangka makcik Peah baru berumur 17 tahun...Kalau dipandang dari jauh...Kecil molek orangnya... Mesra tak kira dengan siapa..Sentiasa tersenyum...Jarang dapat aku berjumpa dengan makcik Peah ni...Tapi bila sekali berjumpa memang banyak cerita yang dikeluarkannya..Itu yang aku suka..Tetapi biasanya aku saja yang akan terkena...Tak kisah lah..Yang pasti aku terhibur dan sedikit sebanyak aku dapat ilmu dari makcik Peah..
Nak dijadikan cerita pada hari itu kebetulan aku menuju ke perhentian bas.. Aku ternampak akan makcik Peah sedang duduk berborak dengan seseorang...Aku senyum...Ini saat yang aku tunggu..Segera aku merapati makcik Peah...Bersalaman dan bertanya khabar...Lama tidak berjumpa berbagai cerita kami bualkan...Memang tak akan kering gusi dengan makcik Peah ni...Dalam ketawa yang belum berhenti tiba-tiba makcik Peah meminta aku memandang ke hadapan..Pelik juga apa yang aku pandang hanyalah padang bola yang penuh dengan kemuncup...Kata makcik Peah ramai orang tidak tahu mengenai kemuncup ni.. Katanya ‘kemuncup ni kalau beringat kita tak akan kena tapi kalau tak beringat itu yang kena’... Kerut kening aku mikir..Apa pulak muslihat makcik Peah kali ni...Aku tahu makcik Peah sengaja berteka teki supaya aku mengutarakan soalan.. Itu yang dia tunggu untuk mengenakan aku...Alahaiiii makcik...Orang kata ‘malu bertanya sesat jalan’..Kalau aku tak bertanya aku tak kan dapat jawapan...Aku memandang makcik Peah tanda minta diberi jawapan..Kata makcik Peah ‘bila kita beringat, berjalan pada tempat yang ada kemuncup kita akan mengangkat kain, tak kan kena lah kemuncup tu..Tapi sekiranya kita tidak beringat (mengangkat kain) terus berjalan sudah tentu kemuncup akan melekat pada kain kita’...Berderai ketawa makcik Peah berjaya mengenakan aku lagi dan meminta izin untuk pulang...
Terpana aku sehingga makcik Peah hilang dari pandangan baru aku tersedar...Memang ada logiknya...Kenapa aku tak pernah terpikir...Banyak yang tersurat dan yang tersirat pada orang lama seperti makcik Peah...Yang memerlukan orang muda seperti aku ini untuk berfikir...Dan harapan aku selepas pertemuan ini aku akan berjumpa lagi dengan makcik Peah...
Wassalam...
salam, nak belajar ilmu kemuncup pulak dah..." dulu ada orang belajar ilmu kemuncup ini mengggunakan daunnya untuk menggugurkan kandungan" pelik tapi benar
ReplyDeleteSdra Panglima Muda...
ReplyDeleteHanya ingin mengetahui..Tidak lebih dr itu..Yg elok dijadikan panduan..Yg buruk dibuang jauh2..Terima kasih atas info..
hai alongku syg...
ReplyDeletekalu nk lgi bagus along rebus kemuncup tue..
pastu bg ar.....angah minum...hahahaha..
sorry jgn marah..