Sunday, August 29, 2010

TINGGAL KENANGAN

Salam...
Gambar Hiasan
Sudah menjadi kebiasaan setiap hari aku akan ke bazar Ramadhan...Pada bulan puasa sahaja terdapat pelbagai jenis juadah yang jarang terdapat pada hari-hari biasa...Kuih-kuih wajib ada di atas meja untuk berbuka...Seperti biasa aku akan melawat dari gerai awal hingga ke gerai yang terakhir, walaupun aku tahu gerai-gerai tersebut menjual menu yang sama tiap-tiap hari...Sudah menjadi kebiasaan bagiku...
Dalam keseronokan memilih, tiba-tiba kurasakan darahku naik ke kepala dan jantungku seakan terhenti...Sekali lagi aku tidak percaya apa yang aku lihat...Hari ini adalah kali ke tiga aku melihat wajah yang sama yang kulihat sebelum ini...Membuatkan aku beristifar panjang....Ya Allah....Aku menangis di dalam hati...Pedihnya kurasa...Amat mirip seperti insan yang pernah kukenali...Saling tak tumpah, memang sama dari susuk tubuh, ketinggian dan rupa...Wajah yang membuatkan tidur malamku tak lena..Wajah yang amat kurindu...
Hilang keseronokan membeli...Kuambil sahaja apa yang patut...Segera kupulang ke rumah.. Ya Allah.... Ampunkanlah aku...Inilah dugaan yang Kau beri padaku....Permudahkanlah aku melaluinya...Aku tahu tidak mungkin akan ku bertemunya lagi kerana dia sudah tiada di muka bumi Mu ini...Sesungguhnya aku amat merinduinya...
Al-Fatihah...

2 comments:

  1. salam,

    Yang pergi tak akan kembali...byk bersabar..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tuhan ambil sesuatu yang kita sayang,kerana dia hendak menguji kita,berbanyak bersabar supaya kita tidak akan menyesali apa yg berlaku...kerana itu adalah takdir dari Nya..

    ReplyDelete