Monday, January 3, 2011

KENANGAN LALU....

Salam.......




Selamat Tahun Baru 2011..
Sessi persekolahan sudah kembali..Terimbas aku di masa lampau tika aku mula memasuki alam persekolahan…Banyak perbezaan di antara dahulu dengan anak-anak sekarang…Yang mana lebih berani kukira…
Aku seorang yang teramat pemalu dan penakut…Kategori apa pun aku sendiri tak tahu… Duniaku hanya di rumah dan aku tidak punyai kawan selain mak dan abahku sahaja…
Sehari sebelum persekolahan bermula aku sudah menangis tak mahu dibawa ke sekolah…Sehingga ke malam hari aku menangis…Perasaan takut yang teramat sangat menguasai diri..Bagaimana hendak berhadapan dengan suasana, guru dan kawan-kawan baru… Sewaktu di sekolah puas mak memujuk dengan pelbagai cara…aku tetap menangis…Guru bertanya aku akan membisu tanpa sepatah kata..Dan sekiranya berulang kali disoal  aku akan menangis…Aku boleh berdiri menangis sehingga loceng berbunyi sekiranya tidak disuruh berhenti dan duduk…Aku akan menangis dan tidak mahu duduk di kerusi sekiranya mak tidak meriba aku…Guru pun sudah mati akal memujukku…Aku tetap tidak mahu berpisah dengan mak.. Begitulah sehingga sebulan lamanya…Bergilir-gilir mak dan makcik bersekolah bersama-sama dengan aku…Inilah aku…Padahal sebelum ini sudah dua tahun aku bersekolah…Sudah punyai kawan, sudah mengenal ABC dan sudah tahu suasana persekolahan…Hingga sekarang aku masih tidak mendapat jawapan kenapa aku sedemikian…Bila diingat kembali aku tersenyum sendiri…

Wassalam....

6 comments: