Assalamualaikum......
‘Senyum...Tak perlu kata apa-apa’...Antara bait-bait lagu yang sentiasa membuat aku tersenyum...Sesuai dengan entry yang aku nak tulis kali ni...
Aku...Aku sentiasa tersenyum...Samada aku bermasalah atau tidak kerana aku murah dengan senyuman....Bukan mengenai diri ini yang ingin aku ceritakan...Abaikan...
Berbalik pada topik kita...Senyum itu sedekah yang mempunyai kekuatan tersendiri...Senyum juga pembawa rezeki dan percaya atau tidak dengan senyum sahaja ianya boleh menjadi penawar pelbagai penyakit... Apa itu senyum atau senyuman..?? Senyum itu terjadi apabila ekspresi muka yang bergerak, maka timbulnya suatu gerakan di bibir dan disertai sinaran mata...Senyuman ini juga membayangkan rasa suka, geli hati, setuju atau apa-apa saja...
Senyum perlu ada keikhlasan tidak dibuat-buat barulah senyuman itu mempunyai 1,001 keistimewaan...Dengan senyuman seseorang itu akan kelihatan lebih cantik dan menawan...Setuju atau tidak, aku katakan disini senyuman adalah jalan pintas untuk menyatakan yang kita menyukai seseorang...Dan dengan senyuman juga kita dapat menyembunyikan masalah diri...Kenapa dengan senyuman..??? Kerana mimik muka dan air muka menggambarkan perasaan kita untuk berhubung pada peringkat emosi samada ingin menghampiri atau dihampiri orang lain...
Sesetengah dari kita memang dikurniakan dengan air muka manis yang sentiasa tersenyum walaupun mereka dalam keadaan biasa...Mereka ini bijak mengawal emosi sendiri dan tidak menunjukkan mereka dalam keadaan tertekan...Tetapi bagaimana pula pada mereka yang berwajah serius...Yang sekali pandang seperti singa lapar hendak menerkam mangsa...Yang ini terpaksa terima anugerah Tuhan...Kita hanya melihat luaran...Siapa tahu dalam hati ada taman...Hehehe...tu pepatah orang sekarang...Siapa kata mereka tidak boleh senyum..Mereka juga masih boleh tersenyum sekiranya kena tepat pada waktunya...Pada aku, mereka ini cuma perlu lebih bijak mengawal emosi dan perlu sentiasa dalam berkeadaan tenang...
Dalam hubungan kita seharian tiga perkara yang boleh membuatkan seseorang itu mengingati kita adalah dengan kata-kata, nada suara dan bahasa badan atau senyuman...Senyuman ini adalah jangkitan..Bila kita senyum, orang akan senyum balik...Dengan senyuman juga orang akan beranggapan yang baik terhadap diri kita...
Jadi kenapa kita mesti kedekut dengan memberi senyuman...Bermula hari ini berilah senyuman yang paling manis tidak kira di mana dan senyumlah kepada sesiapa yang kita temu...Kerana senyuman adalah satu penghubung perkara yang tersimpul supaya menjadi lurus kembali...
Wassalam...
senyum selalu :)
ReplyDeletesalam menjengah dipagi hari http://kodokencem.blogspot.com/2011/05/buat-duit-dengan-jawab-servey.html
ReplyDeletejom tengok jap surprise http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/cucete2-promote-blog-2-lalalalalala.html
ReplyDeletehttp://jokegurl.blogspot.com/2011/05/cucete2-promote-blog-2-lalalalalala.html
ReplyDelete