Tuesday, September 21, 2010

RaYaKu

Assalamualaikum….



Furhhh!!!...Furhhh!!!...
Banyaknya habuk kat blog aku ni..Maklumlah lama sangat bercuti…Tahun inilah aku mengambil cuti lama dari tahun-tahun sebelum…Terasa berat kaki nak melangkah ke tempat kerja tapi disebabkan rasa tanggungjawab yang menebal aku gagahkan diri…


Hari pertama bekerja selepas bercuti…
Mood raya pun tak hilang lagi…Nak mengembalikan mood bekerja memang mengambil masa sedikit…Tidak tahu yang mana patut didahulukan...Tengok meja kemas…Semua tersusun rapi…Padahal disebalik susunan kemas itulah sebenarnya kerja yang belum selesai… Alahaiiii….Kawan-kawan pun ramai yang belum masuk bekerja lagi…Tambahan pula sekarang tengah demam peperiksaan UPSR..  Maka ramailah ibu-ibu yang menyambung cuti lagi…


Menulis sekejap mungkin dapat mengembalikan mood kerja aku…Tapi apa yang nak aku coretkan di sini..?? Hemmm…….Semuanya blur…Cerita pasal raya….Raya aku biasa saja…Raya pertama suasana lembab kerana dari malam raya lagi hujan turun tak berhenti sehingga ke petang raya… Pergerakan pun terbatas…Tiada aktiviti yang dilakukan selain makan, makan dan makan… Bosannya aku rasa…


Budu…
Apa kena mengena budu dengan apa yang aku tulis di atas ni.??.. Ni yang nak aku ceritakan…Hari Raya orang lain sibuk dengan rendang, lemang, kuah kacang dan ketupat tapi aku sibuk cari budu dalam peti sejuk mak aku…
‘Apa nak dibuat dengan budu tu’..?? Tanya mak aku…
’Tungguuuu’…. Ringkas jawapan aku…
Tak ke pelik tu..?? Tidak bukan…Tak pelik bagi yang sudah biasa dengan budu…



Sekadar Hiasan


Sekadar Hiasan

Dalam hujan masih renyai aku ke belakang rumah…Apa yang aku cari..?? Pokok mangga mak aku.. Telan air liur bila ternampak buahnya yang menghijau…Aku petik dalam 6 biji buah mangga yang masih muda…Kubasuh dan kupotong tanpa buang kulit...Budu tadi kutuang dan kugaul bersama mangga yang telah kupotong tadi.. Bagi yang pernah mencuba mesti tahu bagaimana rasanya… Amboiiii…sedapnya…Membebel mak aku.. Makanan lain banyak tapi mangga dan budu jugak yang aku makan…Dalam bising membebel mak aku pun turut serta sekali…Termasuklah adik perempuan aku…Rasa sekali nak lagi…Dan lagi…Dan lagi sehingga selesai…




Wassalam…

7 comments:

  1. salam,

    Budu pun sedap,kalau kena dengan jodohnya...hujan-hujan ni,makan nasik panas2 + budu + ulam,mmm rasanya tak nak dah rendang,he3...

    ReplyDelete
  2. salam..
    nyum2..meleleh air liur ni ha...
    tapi dgn budu kureng sikit la..

    tq singgah P@kcik nye blog...header npk comei!!

    ReplyDelete
  3. salam
    Man...tu dh tentu..he3..
    P@kcikLie....trima ksih...

    ReplyDelete
  4. sedap ke? hihihihi..lady biaanya makan pauh dengan pencicah yg dibuat tu.. yg taruk lada, asam jawa, gula.. sedapnyer.. x pernah plak makan ngn budu.. hehehe..apele rsnye ek :)

    ReplyDelete
  5. alamak...my favourite..cicah pucuk ubi..terliurnua

    ReplyDelete
  6. Hmm..Terbayang kesedapannya..:)

    ReplyDelete
  7. xpnah try...... wanna try it bla balik kg nanti..... :)
    nway, thanxx 4 be my follower....;)

    ReplyDelete